TIPS BAGAIMANA MENJAGA HATI PASANGAN

Setiap manusia sudah pasti ingin menjaga hati pasangan masing-masing. Hal ini kerana, membuat mereka gembira juga menjadi sumber kegembiraan bagi kita. Mari kita lihat cara agar pasangan kita terus ceria bersama kita.

Sentiasa Mengingati Hari Penting Bersama

Selepas bercinta, tarikh-tarikh penting pasangan anda secara automatik akan menjadi tarikh penting bagi anda juga seperti hari lahirnya, hari ulang tahun hubungan kalian dan tarikh kalian berjumpa pertama kali, dan sebagainya.

Bagi menjaga hati pasangan , anda harus sentiasa ingat tarikh-tarikh tersebut. Tambahan lagi, jadilah pasangan yang luar biasa dengan turut mengingati tarikh hari lahir orang tuanya.

Walaupun kalian tidak menyambutnya secara formal dalam hubungan, tetapi mengingati tarikh kelahiran orang tuanya membuatkan pasangan anda rasa dihargai.

Ganti Peranan (Role)

Ganti peranan (role) boleh dilakukan dengan berkala. Contohnya, apabila pasangan anda sering menjemput anda di rumah atau menghantar anda pulang, ambil peluang untuk mengubah peranan itu. 

Pada lain hari, biarlah anda pula yang memandu agar pasangan anda berasa lebih dihargai. Selain itu, pada hari ulang tahun hubungan kalian, jadilah orang pertama dalam mengambil inisiatif dalam melakukan kejutan atau memberikan hadiah kepadanya. Pasangan anda pasti gembira.

Sentiasa Sokong

Dalam hubungan bercinta, sokongan dari pasangan merupakan tulang belakang yang kuat bagi meneruskan hubungan tersebut.

Sokongan tersebut datang daripada pelbagai faktor seperti sokongan kewangan, nasihat, dorongan dan kasih sayang.

Sentiasa menyokong keputusan pasangan adalah wajar dilakukan. Namun demikian, sebagai pasangan anda harus tahu apa yang terbaik bagi pasangan anda masing-masing.

Sekiranya anda merasakan pasangan anda mulai mengambil langkah yang salah, berikan dia kata-kata nasihat yang lembut namun mengandungi fakta yang boleh menyokong alasan anda. Oleh itu, anda tidak perlu bergaduh dengan pasangan anda hanya kerana tidak bersefahaman.

Elakkan Melakukan Hal yang Dia Tidak Suka

Bagi memupuk sifat pasangan yang baik dan saling menghormati, anda harus belajar tentang pasangan anda.

Kaji tentang rutin harian, kegemaran dan juga benda yang dia tidak sukai. Dengan mengetahui perkara yang dia tidak suka, anda dapat mengelak daripada sebarang pergaduhan besar.

Contohnya, pasangan anda menegur bahawa anda kerap memuat naik gambar yang kurang sopan di laman sosial. Pada masa akan datang elakkan memuat naik gambar sedemikian . Bagi menyenangkan hati pasangan anda, 'berehatlah' daripada laman sosial buat beberapa waktu.

Comments