CARA HILANGKAN ATAU KURANGKAN RASA CEMBURU



we don't own photo used. credits to photo owner


Hello pembaca sekalian, kali ini Peddyurl ingin mengongsikan tips atasi cemburu yang ada dalam diri kita ini. Pertama, rasa cemburu tue memang natural atau semula jadi ada dalam diri manusia. Tetapi kenapa cemburu yang ada dalam diri kita berbeza dengan orang lain. Nah, bak pepatah Inggeris, "Don't feed your anger or you will be more angrier, don't feed your jealousy, or you will get more jealous". Dari kata-kata yang diungkapkan itu, kita dapat belajar bahawa, semakin kita melayan perasaan kita, ia akan terus menjadi-jadi. Bagi pembaca yang sukar untuk meredakan api cemburu ,apa lagi masih membuak-buak dalam diri sehingga kini, admin cadangkan untuk membaca artikel ini dengan penuh teliti dan cuba apply mulai hari ini atau saat ini juga.

Admin sendiri ada rasa cemburu juga, kan manusia biasa namanya tapi, kalo cemburu tue dah melampau, itu bukan manusia biasa dah tue, luar biasa dah tue. Haha.

Baiklah, memandangkan kita singkap topik cara hilangkan atau redakan api cemburu ini, di sini admin senaraikan beberapa cara..

1. Ambil masa sendiri

Cemburu ini datang dari diri kita sendiri, walaupun punca yang membuat kita cemburu ini adalah dari orang lain (teman, pasangan). Namun, kita sendiri tahu kendalian sifat cemburu ini adalah dari kita sendiri. Bak kapal yang berlayar, kita merupakan kapten kapal tersebut walaupun kita mempunyai kelasi dan penumpang yang boleh memberi kesan pemanduan kita, tapi authority atau kuasa kendalian diri itu masih berpegang pada kita.

Sekiranya kita mulai berasa cemburu, jangan lengahkan masa, terus ambil masa untuk tenangkan diri. Perasaan cemburu merupakan early warning sign atau tanda amaran awal sebelum berlaku yang lebih teruk. Hal ini kerana, kita tidak dapat menjangka apa yang akan kita lakukan sekiranya perasaan cemburu sudah menguasai . Perkara yang kecil pun kita boleh jadikan isu besar , hal yang sudah lalu pun kita boleh ungkit padahal isu lama sudah selesai dengan baik. Inilah kesannya sekiranya kita tidak tidak mampu meredakan api cemburu kita. 

Tindakan yang sememangnya sangat wajar adalah, ambil masa untuk menenangkan diri. Hujung minggu, pergilah hiking, joging, tengok wayang, shopping atau apa juga aktiviti yang anda suka. Anda lebih mengetahui apa aktiviti kegemaran anda . Lakukan apa yang boleh buat diri anda gembira, itu lebih baik daripada melayan perasaan cemburu anda. Hal ini kerana, diri anda lebih berharga daripada orang yang membuat anda cemburu.

Selain itu, apabila anda membuat keputusan untuk mengambil masa sendiri, jangan lupa untuk mematikan telefon bimbit anda bagi benar-benar memberi ruang kepada diri sepenuhnya. Ingatlah bahawa, cintailah diri anda sendiri sebelum anda mencintai orang lain. Namun jangan lupa dengan Tuhan yang mencipta diri anda, Dia juga sangat mengambil berat terhadap anda.

2. Selesaikan isu

Perasaan cemburu yang membuak-buak itu mustahil datang dengan begitu sahaja, admin pasti ada sebabnya. Oleh itu, admin cadangkan agar pembaca menyelesaikan isu yang menyebabkan anda cemburu. Sebagai contoh, anda mendapati pasangan anda keluar dengan orang lain tanpa pengetahuan anda. Nah, siapa yang tidak cemburu, bahkan admin juga pasti cemburu. Tidak salah kita cemburu, tapi kita kena siasat juga kenapa pasangan anda melakukan sedemikian. Ada kemungkinan pasangan anda bersahabat baik dengan orang itu atau dia benar memerlukan pertolongan. Apa pun juga, setiap yang kita lakukan punya alasan yang tersendiri. Jadi wajarlah kita berbincang dengan pasangan untuk selesaikan isu tersebut. 

Pasangan anda harus mengambil berat perasaan cemburu anda dan tidak mengendahkan sahaja. Lebih-lebih lagi jika kalian berstatus suami isteri. Hidup hanya sekali dan hal kehidupan bukan mainan terutama dengan seseorang yang kita sudah berjanji untuk hidup bersama.

Oleh itu, ambillah cuti, dan ambil masa bersama untuk membincangkan segala isu yang timbul. 

3.Luahkan isi hati

Orang kata, kalau anda bersedih, menangislah sepuasnya supaya  rasa lebih lega. Demikian juga dengan perasaan cemburu kita, bagaimana orang nak memahami apa yang kita rasakan sekiranya semua kita pendam dan akhirnya memakan diri sendiri. Akibatnya, kita menjadi lebih introvert, pasif, anti-sosial dan lebih teruk lagi diri kita tidak terjaga.

Cara kurangkan rasa cemburu adalah dengan meluahkan apa yang kita rasa sebenarnya kepada orang yang tepat. Orang yang tepat admin katakan adalah orang yang kita percaya seperti rakan kerja yang memahami, sahabat baik, atau ahli keluarga rapat. Memilih orang yang tepat untuk meluah isi hati adalah sangat penting kerana orang ini yang akan menjaga segala rahsia anda, mereka juga yang akan memberikan feedback atau nasihat sepatutnya kepada anda dalam menempuh waktu-waktu sukar ini.

Selain itu, meluah isi hati juga sangat penting dilakukan kepada mereka yang membuat anda tidak rasa selesa. Sebagai contoh kepada pasangan anda sendiri. Katakan kepada si dia apa yang anda sedang rasakan saat ini dan perhatikan feedback dari dia. Sekiranya si dia pasangan yang baik, dia akan meminta maaf kerana membuat anda cemburu dan menyesali perbuatan dia. Tapi sekiranya si dia mempertahankan diri sendiri dan membiarkan anda begitu sahaja, anda perlu berhati-hati dan teruskan perhatikan pasangan anda.

Apa-apa pun, luahkanlah isi hati anda agar orang lain lebih jelas dengan keadaan anda. Kita hidup dalam komuniti yang mana setiap orang saling memerlukan antara satu sama lain.

4. Dalami kerohanian

Kerohanian merupakan aspek yang sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan oleh sesiapa pun juga di muka bumi ini. Mahupun perkara kerohanian ini kedengaran biasa, namun hasilnya memang luar biasa. Sudah pasti anda sentisa dengar yang mana sekiranya ada masalah akhlak berlaku, isu kerohanian akan dipersalahkan. Contohnya, jiran sebelah rumah anda mencuri dan masyarakat setempat mengatakan bahawa, keluarga pencuri memang tidak beradab dan tidak beriman. Mengapakah mereka mengatakan sedemikian? Mengapakah mereka mengaitkan dengan kerohanian?.

Hal ini kerana, sifat manusia yang penuh dengan keduniawiaan harus diseimbangkan dengan rohani. Kalau tidak, kita akan merasa "kering" sehingga menyebabkan kita mencari keseronokan duniawi bagi memuaskan kehausan kita. 

Demikian halnya dengan sifat cemburu kita. Sifat cemburu merupakan sifat duniawi yang sukar dikawal. Oleh itu, bagi menghilangkan rasa cemburu kita, dalamilah kerohanian. Dengan mendalami aspek ini kita pasti akan dapat belajar bahawa Tuhan sangat mengambil berat dengan kita, selain itu kita akan sedar bahawa selama masa kita cemburu, kita mengabaikan kehadiran Tuhan dalam hidup kita. Kita lupa untuk bersyukur, lupa untuk berdoa ketika dalam masalah dan lupa dengan ajaran-Nya.

Maka, sekiranya pembaca  masih berasa cemburu saat ini, ambillah masa untuk meningkatkan kerohanian. Meningkatkan kerohanian juga sama dengan meningkatkan kualiti diri. Oleh itu, sekiranya pasangan anda melihat anda dalam keadaan tenang dalam situasi yang kamu hadapi sekarang, dia akan berasa tertarik dengan kualiti yang ada pada diri anda.

Ingatlah bahawa, cemburu tidak akan membawa anda ke mana. Ia akan membinasakan empunya diri kerana cemburu merupakan sifat duniawi dan bukan dari Tuhan.








Comments