MENGAPA HARUS ELAKKAN MELIHAT TELEFON PASANGAN

Sebagai pasangan, sudah menjadi lumrah untuk memeriksa telefon bimbit pasangan anda. Walau apapun alasan bagi kita untuk melihat telefon bimbit pasangan anda, janganlah sesekali memeriksanya. 

Ini merupakan sebab-sebabnya;

Salah sangka

Antara sebab anda tidak harus memeriksa telefon bimbit pasangan anda adalah boleh mengakibatkan salah sangka.

Berkemungkinan pasangan anda ada berhubung dengan lelaki/perempuan lain. Mereka juga mungkin berhubung atas urusan kerja atau perkara lain. Namun, hal itu sudah pasti buat anda merasakan tidak tenteram dan geram kerana perlakuan pasangan anda. Walhal pasangan anda sememangnya tidak berminat dengan mereka.

Sekiranya hal itu berlaku, berbincanglah dengan pasangan anda dan katakan ketidakselesaan anda tentang perbuatannya. Pasangan anda harus memahami dan akan berusaha sedaya upaya agar anda berasa tenang dan tidak risau akan hal itu.

Memeriksa telefon bimbit pasangan boleh membuatkan mereka salah sangka kerana tidak mengetahui isu yang dibincang oleh pasangan dengan orang yang dihubungi.

Tunjukkan Anda Percaya Dia

Tidak memeriksa telefon bimbit pasangan anda dapat menunjukkan anda sebenarnya percaya dengan dia.

Sekiranya anda menunjukkan sikap sedemikian, pasangan anda akan lebih menghormati dan menghargai anda.

Tambahan lagi, mereka sendiri yang akan risau sekiranya anda tidak memeriksa telefon bimbit mereka walaupun tidak mempunyai keylock.
Mereka khuatir anda tidak mengambil berat  atau tidak lagi menyayangi mereka.

Sekiranya hal itu berlaku, jelaskan kepada mereka bahawa anda mempercayai mereka. Namun, peringatkan mereka bahawa jangan lakukan sesuatu yang membuatkan kepercayaan itu hilang.

Membantu Mengawal diri

Tidak melihat telefon bimbit pasangan merupakan suatu hal yang sememangnya sukar untuk dilakukan. Hal ini kerana, anda mempunyai perasaan ingin tahu dengan siapa pasangan anda berhubung selalu selain anda.

Namun , sekiranya anda mengambil keputusan untuk tidak memeriksa telefon bimbit mereka, anda berjaya mengawal diri dan meningkatkan keyakinan diri anda.

Sekiranya isu tidak memeriksa telefon bimbit sudah dibawah kawalan anda, sudah pasti isu-isu kecil yang timbul dalam hubungan kalian dapat diatasi dengan baik.

Hubungan Menjadi Lebih Baik

Ramai tidak menyangka bahawa, melakukan hal ini sebenarnya mampu menyelamatkan hubungan.
Tambahan lagi, hubungan berada di dalam keadaan yang lebih baik.

Bayangkan sekiranya pasangan anda sangat mencintai anda dan memang tidak berminat akan orang lain. Mereka akan berasa kurang senang sekiranya anda memeriksa telefon bimbitnya. Hal ini kerana, berkemungkinan pasangan anda mempunyai privacy lain tetapi dia tidak mencurangi anda. 

Oleh itu, hargai dan hormatilah pasangan anda.

Memeriksa telefon bimbit pasangan masih digalakkan sekiranya anda berasa ada sesuatu yang tidak kena (instinct perempuan sentiasa betul) namun jangan periksa atas alasan yang tidak munsabah.




Comments