CARA MENGETAHUI ADAKAH SI DIA SUKA ANDA

Helo semua, entri hari ini adalah sangat sweet dan mendebarkan! Mengapa? Kerana kita ingin mengetahui adakah orang yang selalu membuat hati kita berdebar itu , juga merasakan hal yang sama. Topik ini kita kupas dengan lebih mendalam mengikut variasi pengalaman cinta orang. 

Baiklah, sejak akhir-akhir ini anda merasa tak tidur lena? Mandi pun tak basah atau makan pun tak lalu? Semuanya kerana terfikirkan si dia?. Nah, Peddyurl tahu bahawa kamu pasti sudah jatuh cinta dan angau . Moment seperti ini sangat sweet dan membuat setiap kita seperti berbunga-bunga bak musim bunga di negara Jepun. 
we don't own photo used. credits to photo owner



Sebenarnya kita tidak perlu risau sama ada gadis atau lelaki ini juga berminat dengan anda atau tak. Hal ini kerana, kita amatilah moment-moment jatuh cinta ini. Peddyurl tahu, bila si dia lalu mesti kamu tunduk malu atau berpura-pura melakukan sesuatu kan? Hehe.. itu merupakan reaksi natural kebanyakan orang. Jangan sahaja kalian lari atau menunjukkan reaksi yang memalukan. Tunjukkanlah reaksi yang normal dan cuba lihat dia sekiranya dia ada memandang anda. Mungkin anda berpeluang bertantang mata dengan si dia. Yahooo...

Baiklah, kita fokus dengan topik kita. Keinginan ingin mengetahui sama ada si dia juga suka dengan anda adalah penting agar harapan anda tidak meninggi gunung atau cinta anda makin bertapak kukuh . Hal ini kerana, jika anda sudah benar-benar suka dengan dia, anda pasti akan kecewa teruk sekiranya dia tidak berminat dengan anda. Namun begitu, terdapat juga segelintir orang yang beranggapan hanya ingin menjadi secret admire atau crush secara diam-diam. Namun, sampai bila anda nak buat begitu. Suatu saat perasaan anda akan membuak-buak atau tersakiti melihat si dia rapat dengan orang lain.

Ada pelbagai cara mudah sebenarnya bagi kita semua untuk mengetahui sama ada si dia suka dengan anda atau tak.

1- Melihat cara si dia memandang anda

Seseorang yang menyimpan perasaan dengan kita akan malu untuk bersemuka dengan kita. Perhatikan cara mereka bercakap dengan kita, adakah si dia tunduk malu dan gementar apabila bersama dengan anda. Seseorang yang menyimpan perasaan dengan kita juga tidak berani bertentang mata dengan kita atau meskipun mereka ada membuat eye contact tapi tidak lama. Ini menunjukkan ada kemungkinan si dia juga menaruh perasaan dengan kita.

2- Memerhati kawan-kawan si dia

Lumrah manusia biasa adalah , menceritakan perasaan mereka dengan orang terdekat terutama sahabat . Adalah amat jarang sekali seseorang itu menceritakan hal perasaan cinta mereka kepada ahli keluarga, kecuali hubungan kekeluargaan mereka berganda-ganda akrabnya.

Memendam perasaan cinta adalah sukar kerana anda tidak dapat menampung kegembiraan atau perasaan indah itu lama-lama.Oleh itu, antara pilihan mangsa pendengar yang setia adalah rakan karib. Apabila anda ingin mengetahui adakah si dia juga mencintai anda, anda harus memerhati kawan-kawan si dia. Sekiranya kawan - kawan si dia bertindak aneh berdekatan dengan anda, ini berkemungkinan si dia mempunyai perasaan dengan anda. Lebih-lebih lagi apabila rakannya melaporkan kepada anda bahawa si dia suka anda dalam nada gurauan. Ada kemungkinan si dia benar-benar menaruh perasaan dengan anda.

3- Si dia lebih kemas dan bergaya

Jangan terkejut sekiranya si dia nampak lebih kemas dan bergaya sejak kebelakangan ini. Ini adalah petanda bahawa si dia sedang jatuh cinta dan ingn menjaga penampilannya sebaik mungkin. Perubahan si dia ini menunjukkan si dia berminat dengan seseorang dan berkemungkinan diri anda mempunyai potensi.

Namun cara ini masih menyeluruh dan tidak menyokong penuh bahawa si dia sedang jatuh cinta. Ada kemungkinan si dia memperbaharui penampilannya kerana ditegur oleh sahabat atau pensyarah. Atau secara tiba-tiba si dia ingin meningkatkan motivasi diri agar tampil lebih yakin. Namun demikian, walaupun petanda ini meluas, anda harus memerhatikan gerak-geri si dia dan mencari sebab yang tepat. Sekiranya setelah tinjauan, anda mendapati tidak ada sebab mengapa dia mengubah penampilan, ini berkemungkinan dia sedang jatuh cinta dan harap-harap andalah orangnya.

4- Si dia ingin dekat dengan anda

Anda tak rasa terkejut sekiranya buah hati anda tiba-tiba berada dalam lingkungan yang mampu anda capai tanpa angin dan ribut. Hehe.. Cara bagi mengetahui si dia suka anda dapat dibuktikan apabila si dia cuba mengambil peluang untuk dekat dengan anda. Contohnya, apabila diberi peluang untuk memilih ahli kumpulan , si dia memilih anda atau si dia merelakan diri menyertai kumpulan anda. Perhatikan tindak -tanduk si dia. Sekiranya si dia bertindak ingin mendekati anda melebihi dari sekali, ini bermakna si dia sedang berusaha untuk mencapai anda.

Bukan begitu sahaja, si dia berkemungkinan secara tiba-tiba bercerita dengan kawan karib anda yang berlainan jantina bagi mengupas tentang diri anda. 

5- Sentiasa beri pertolongan

Sekiranya anda mempunyai masalah, si dia sentiasa ada untuk membantu. Ini merupakan petanda bahawa si dia sentiasa berada di sisi anda saat anda susah. Lebih-lebih lagi apabila hanya anda perempuan/lelaki yang dia ingin bantu. 

Jika si dia ada menyimpan perasaan dengan anda, si dia pasti juga berasa susah hati dan ingin menyelamatkan anda dari masalah yang anda hadapi. Sekiranya si dia memberi pertolongan, ini bermakna dia mengambil berat tentang anda. Ini merupakan tanda baik!

6- Menguji si dia

Bagi mengetahui jika si dia juga telah jatuh cinta dengan anda, perkara yang anda harus lakukan pertama-tama ialah menguji si dia. 

Sekirnya si dia suka dengan anda, si dia pasti tidak selesa apabila kita berada dekat dengan kawan yang berbeza jantina dengan kita. Sebagai contoh, anda bertindaklah bercerita berdua dengan teman lain, dan lihat reaksinya. Sekiranya kedudukan si dia menghadap anda, ada berkemungkinan si dia memerhatikan kalian berdua. Reaksi orang cemburu amat ketara dan amat mudah kita kesan sama ada si dia terkesan dengan tindakan kita atau tidak. Yalah, siapa juga yang dapat tahan emosi cemburu ? kan ?.

Selain itu, antara cara lain yang kita boleh guna adalah, mengetahui reaksi  si dia apabila anda sakit atau tidak hadir ke kuliah/sekolah. Si dia pasti ambil tahu mengapa anda tidak hadir atau cari tahu lebih dalam pasal sakit anda sekiranya ia serius atau tidak.





Comments

Post a Comment